
Cara menyebut perkataan anime
Perkataan
Anime dijadikan melalui perkataan
inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang
Jepun membacakan
animation sebagai
a-ni-me-syun.
Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" dari
perkataan pinjaman bahasa inggeris (contoh: Television menjadi
Terebisyun dan dipendekkan ke Terebi sahaja), maka mereka mula
memanggilnya Anime. Dari sinilah, perkataan
anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia.
Sejarah
Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu
animasi di Jepun hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu
animasi tidak sepopular sekarang.
Generasi pertama anime
Pada tahun 1910-1920an,
animator untuk anime termasuk
Shimokawa Oten,
Kouchi Jun'ichi,
Kitayama Seitaro.
Tidak banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia
sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh
pihak pawagam atau lain-lain.
Generasi kedua anime
Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda
Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi
animator, memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923,
gempa bumi besar Kanto (
Great KantÅ earthquake) telah memusnahkan studio milik Kitayama dan
animator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.
Juga pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja
diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal
ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di
bawah umur 15 tahun.
Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil
Momotaro (Peach Boy)
telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepun. Terdapat juga
banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada
tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada
Perang Dunia Kedua,
Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama:
Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak
berhenti-henti di
Jepun pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah
Toei Animation dilahirkan.
Bermulanya populariti anime di seluruh dunia
Selain daripada
Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut:
Mushi Productions. Syarikat tersebut dimulakan oleh
Osamu Tezuka, yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan seluruh dunia,
Astro Boy (
Tetsuwan Atomu). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi,
Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, seperti
Sunrise dan
MadHouse Production.
Anime seperti
Akira (1988) dan
Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepun, tetapi mendapat sambutan yang hangat di
Amerika Syarikat. Keluaran
Studio Ghibli, seperti
Kiki's Delivery Service (1989), karya
Hayao Miyazaki
pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh
karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime
Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah
Best Animated Feature di
Academy Award. Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002
Anime di Malaysia
Anime yang awal seperti
Doraemon telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990an, sewaktu disiarkan di
RTM (sekarang disiarkan di
ntv7).
TV3 dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan
Cardcaptor Sakura,
Slam Dunk dan
Crayon Shin-chan sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti
Naruto (2003) di
TV3 dan
Gundam Seed di TV2. Kebanyakan siri-siri anime di
alih suara ke Bahasa Melayu oleh Syarikat
Filem Karya Nusa di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, seperti
Hatsumei Boy Kanipan,
Mirmo Zibang, dan lain-lain.Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaitu
Majalah Starz.
Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti
animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat
televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran
715, iaitu
Animax, khas untuk rancangan anime.
Pada
3 Januari 2007, NTV7 telah memperkenalkan slot midnight anime yang menayangkan anime seperti
Trinity Blood dan
Shakugan no Shana
dalam bahasa asalnya dengan sarikata bahasa Melayu. Anime ini
ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 12.15 tengah malam